.

 

  Home  |  Construction   |   Infor.Technology  |  My Journal

   

MELINTASI ORANG SEDANG BERSOLAT

 
Assalamualaikum,  
 
Bila saya pergi ke mana-mana masjid atau surau untuk menunaikan solat fardhu, saya dapati bahawa ramai umat Islam yang mungkin tidak menyedari tentang adanya hadith sahih yang berikut: -

Daripada Abu Juhaim r.a., Nabi s,a.w bersabda: "Sekiranya seseorang yang melintasi di hadapan orang yang sedang solat mengetahui dosa yang akan menimpanya, nescaya ia berdiri di situ selama 'empat puluh ___' adalah lebih baik daripada melintasi di hadapan orang itu." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Walau pun hadith tersebut tidak menjelaskan berapa lama angka 40 yang disebutkan itu, tetapi ada satu lagi kitab bertajuk Tajzibu Athraf Al-Hadith oleh Al Ustaz Al Haji 'Abdul Halim Al Hadi yang menyebut hadith sama yang mengatakan bahawa angkanya adalah selama 40 tahun. Hadith tersebut adalah yang berikutnya :

Daripada Abu Jahim Al-Anshari r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Jikalau mengetahui oleh orang yang
lalu di hadapan seorang yang sembahyang akan apakah seksanya, nescaya adalah berhenti ia
selama empat puluh tahun terlebih baik dari ia lalu di hadapan yang sembahyang itu."
(Riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
 

 

 

Muslimin yang tengah ada penghadangnya, iaitu kipas. Tetapi Muslimin yang kanan dan kiri beliau tiada penghadangnya.   Muslimin yang ini berbuat perkara yang betul. Beliau menggunakan kipas dan tiang sebagai penghadangnya.
 
   

 
   

Maka bolihlah ditafsirkan dari hadith-hadith tersebut bahawa melangkah atau lalu di hadapan orang yang sedang mengerjakan sembahyang itu adalah berdosa. Tetapi apa yang saya perhatikan di masjid-masjid dan surau-surau sekarang bukan sahaja masaalah orang yang melalui di hadapan orang yang sedang bersembahyang, tetapi masaalahnya juga adalah tempat yang dipilih oleh orang yang mengerjakan solatnya itu tidak mengizinkan orang lain daripada mengelakkan diri daripada berjalan di hadapannya. Saya berikan 2 contoh -contoh yang berikut:-

 
   

    

  1. Contoh yang pertama adalah apabila orang-orang yang datang lebih awal ke masjid telah memilih untuk berada di barisan belakang dan bukan mengisi ruang-ruang kosong di bahagian barisan hadapan untuk mengerjakan solat. Akibatnya mereka-mereka yang datang kemudian daripada mereka terpaksa melalui tempat yang sedang mereka bersolat itu. Kalau sudah terlalu ramai yang sedang bersolat, maka menjadi sukar untuk mereka berjalan ke bahagian depan masjid tanpa melalui di hadapan mereka yang sedang bersolat itu.
Dalam keadaan begini, agak susah untuk mengelakkan diri daripada melintasi orang-orang yang sedang bersolat    
 

 

 

       

  2. Contoh yang kedua pula adalah apabila solat sunat rawatib di kerjakan selepas mengerjakan solat fardhu. Selepas sahaja Imam habis membaca doa dan belum sempat lagi yang lain habis bersalaman antara mereka, terdapat beberapa Muslimin yang sudah pergi ke barisan-barisan belakang untuk mengerjakan solat sunat rawatib. Akibatnya yang baharu selesai bersalaman tadi tidak ada ruang untuk berjalan keluar dari masjid tanpa berjalan di hadapan mereka-mereka yang sedang bersolat sunat di barisan belakang itu.
Dalam keadaan begini, bagaimanakah seseorang dapat berjalan ke bahagian hadapan tanpa melintasi yang sedang bersolat?    
 


Sekiranya kita terdiri daripada orang-orang yang suka menggunakan bahagian barisan belakang di masjid atau surau untuk mengerjakan solat sunat , maka hendaklah kita meletakkan sesuatu di hadapan kita, yang jelas dilihat, seperti beg dan sebagainya, sebagai "dinding" atau "penghadang."
 

 
Pada zaman Nabi s.a.w. dahulu, baginda s.a.w. dan sahabat-sahabatnya menggunakan barang-barang seperti pelana kuda atau pelana unta sebagai "dinding" di hadapan mereka sebelum mereka memulakan solat. Ada juga yang menggunakan tombak yang dipacak ke tanah. Di zaman sekarang ini, kita boleh menggunakan beg kita sebagai penghadang. Sekiranya kita tidak membawa "penghadang" bersama kita, adalah dinasihatkan supaya kita menggunakan penghadang yang sediaada di masjid itu seperti tiang atau kipas berdiri atau seelok-eloknya pergi lah ke barisan hadapan masjid untuk menunaikan solat sunat kita. Dengan demikian, kita tidak akan mengganggu sesiapa yang datang kemudian daripada mengelakkan diri daripada berjalan di hadapan kita yang sedang mengerjakan solat itu.

Kita ka masjid untuk solat berjemaah supaya pahala kita dapat di gandakan sehingga 25 kali
berbanding dengan bersolat seorang diri. Tetapi sekiranya di masjid, kita melangkah di hadapan orang yang sedang bersolat atau pun tempat kita bersolat itu tidak memberi peluang bagi orang-orang lain daripada mengelakkan diri daripada berjalan di hadapan kita, maka dosa yang telah kita lakukan itu mungkin lebih berat daripada pahala yang kita terima daripada solat berjemaah itu.
 
   
Saya berharap pengetahuan ini akan dapat memberikan munafaat kepada kita semua dan diedarkan atau disebarkan kepada kaum-kaum  Muslimin dan Muslimat yang lain untuk rujukan bersama.  
   
.Salam  
   
   

 
 

 

 

Pusat Penjagaan Baitul Quran


 

My Journal

 

My Blog

 

The Seeds of Health


Ramadhan 08

 

Lost Handphone

 

Aidil Fitri 08

 

The Miracle Stone

 

Johan's 24th Birthday

 

Titian Indah Sepang

 

Aidil Adha 08

 

 

.

.Member of:

Malay College Old Boys 1969


 

Properties for Sale


Naza Ria for Sale


Mini Hydro Power Plant


You are Visitor No

website counters
since 28th October 07

 


Free Guestbook
My Guestbook  

 

 

 

 

 

 

 

This Web Page Created with PageBreeze Free HTML Editor